Update 06:11 date 23/07/2018
SUKAN | 03 Jul, 2018 | 15:30

Rashford dinasihat berpindah

Kehadiran Sanchez menyebabkan kedudukan Rashford dalam kesebelasan pasukan terjejas. KEHADIRAN Alexis Sanchez ke Manchester United dilihat akan memberikan kesan kepada beberapa pemain The Red Devils yang sebelum ini sering kali berada dalam kesebelasan utama pasukan. Antara yang dilihat paling terkesan adalah pemain muda United, Marcus Rashford sekali gus dinasihatkan supaya berpindah ke kelab lain. Pemerhati […]

Kehadiran Sanchez menyebabkan kedudukan Rashford dalam kesebelasan pasukan terjejas.

KEHADIRAN Alexis Sanchez ke Manchester United dilihat akan memberikan kesan kepada beberapa pemain The Red Devils yang sebelum ini sering kali berada dalam kesebelasan utama pasukan.

Antara yang dilihat paling terkesan adalah pemain muda United, Marcus Rashford sekali gus dinasihatkan supaya berpindah ke kelab lain.

Pemerhati bola sepak yang juga bekas pemain Liverpool dan Tottenham Hotspur, Jamie Redknapp berkata, masa depan pemain berusia 20 tahun itu di Old Trafford bakal berada dalam keadaan tidak menentu.

“Saya bersimpati dengan pemain seperti Rashford. Dia tidak lagi menjadi pilihan utama dan dia mungkin berfikir di mana posisinya selepas ini.

“Dan pada akhirnya langkah terbaik adalah dia meninggalkan pasukan kerana ia seperti tiada guna kerana berlatih setiap hari tetapi tidak akan diturunkan dalam perlawanan.

“Dia merupakan bakat hebat dan tidak melakukan kesilapan. Cuma waktu dan nasib tidak menyebelahinya,†katanya.

Sanchez menyertai United baru-baru ini dan telah ‘memakan korban’ Henrikh Mkhitaryan yang ditukarkan ke Arsenal untuk mendapatkan pemain Chile itu.

Selain Rashford, United memiliki ramai lagi pemain di bahagian serangan antaranya Martial, Juan Mata, Jesse Lingard, Romelu Lukaku, dan Zlatan Ibrahimovic

 

Komen anda

http://www.sukansinar.com/rashford-dinasihat-berpindah/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA