Update 07:21 date 24/09/2018
DUNIA | 09 Jul, 2018 | 11:04

Remaja maut dipatuk ular peliharaan

Aksi terakhir Rizky bersama ular tedung peliharannya semasa Hari Tanpa Kenderaan di Palangka Raya, semalam. -Sinar Harian PALANGKA RAYA: Hobi seorang remaja membela ular tedung selar sebagai haiwan kesayangan membawa padah apabila dia maut dipatuk reptilia berbisa berkenaan dalam kejadian di Kalimantan Tengah. Remaja yang dikenali sebagai Rizky Achmad itu dilaporkan meninggal dunia hari ini […]

Remaja maut dipatuk ular peliharaan

Aksi terakhir Rizky bersama ular tedung peliharannya semasa Hari Tanpa Kenderaan di Palangka Raya, semalam. -Sinar Harian

PALANGKA RAYA: Hobi seorang remaja membela ular tedung selar sebagai haiwan kesayangan membawa padah apabila dia maut dipatuk reptilia berbisa berkenaan dalam kejadian di Kalimantan Tengah.

Remaja yang dikenali sebagai Rizky Achmad itu dilaporkan meninggal dunia hari ini selepas dirawat di Hospital Doris Sylvanus sejak semalam.

Rizky, 19, dilaporkan membela ular berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Media tempatan melaporkan, ular berkenaan dijadikan haiwan peliharaannya selepas ia ditemui semasa banjir di Kelurahan Bukit Tunggal.

http://www.astroawani.com/berita-dunia/remaja-maut-dipatuk-ular-peliharaan-180014
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA