NIK ROS AZHAN NIK AB. HAMID
NIK ROS AZHAN NIK AB. HAMID

Selain kehilangan beberapa barangan peribadi termasuk beg tangan berjenama terkenal, jam tangan dan iPad, mangsa juga mendakwa kehilangan wang tunai dalam pelbagai mata wang yang dianggarkan bernilai RM20,000.

Lebih malang, sebuah kereta BMW model 318i milik mangsa yang bernilai RM154,000 turut dilarikan dalam kejadian itu.

Difahamkan, mangsa yang berusia 53 tahun itu mendakwa telah meninggalkan rumahnya dalam keadaan berkunci sebelum berangkat ke Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, mangsa hanya menyedari rumahnya dipecah masuk selepas menerima panggilan telefon daripada salah seorang jirannya yang curiga melihat pintu rumah tersebut dalam keadaan terbuka dan kereta mangsa hilang.

“Apabila sampai ke rumahnya, mangsa mendakwa terdapat kesan umpil pada pintu utama rumahnya manakala semua bilik pula berada dalam keadaan berselerak sebelum membuat laporan polis,†katanya di sini, hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, polis berjaya menangkap seorang suspek beberapa jam selepas kejadian itu di pekarangan ibu pejabat polis daerah (IPD) di sini, malam tadi.

“Hasil soal siasat awal, suspek tersebut bagaimanapun tidak mengaku melakukan perbuatan itu,†katanya yang memberitahu, lelaki berusia 60 tahun itu kini ditahan di lokap IPD SPT di sini untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 379A KK kerana melakukan aktiviti pecah rumah serta mencuri. – UTUSAN ONLINE