Update 06:11 date 23/07/2018
SUKAN | 03 Jul, 2018 | 14:00

Salah pemain terbaik PFA

Salah bersama trofi anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA yang dimenanginya awal pagi tadi. PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah memenangi anugerah Pemain Terbaik PFA selepas mempamerkan aksi yang penuh cemerlang bersama Liverpool sepanjang musim ini. Salah menjaringkan 41 gol dalam semua perlawanan sejak menyertai Liverpool daripada AS Roma tahun lepas malah pemain kebangsaan Mesir itu juga membantu […]

Salah bersama trofi anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA yang dimenanginya awal pagi tadi.

PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah memenangi anugerah Pemain Terbaik PFA selepas mempamerkan aksi yang penuh cemerlang bersama Liverpool sepanjang musim ini.

Salah menjaringkan 41 gol dalam semua perlawanan sejak menyertai Liverpool daripada AS Roma tahun lepas malah pemain kebangsaan Mesir itu juga membantu pasukannya melangkah ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara serta menjamin tempat dalam kedudukan empat terbaik Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan itu juga menyaksikan dia muncul sebagai warga Mesir pertama memenangi anugerah tersebut.

Pemain berusia 25 tahun itu dipilih daripada enam pemain yang berada dalam senarai pendek termasuk Kevin De Bruyne, Leroy Sane dan David Silva daripada Manchester City.

“Ia merupakan satu kebanggaan diangkat sebagai Pemain Terbaik PFA, terutama sekali ia diundi oleh pemain-pemain.

“Saya masih mengejar jaringan untuk memecahkan rekod dan sangat teruja mengenainya. Saya tidak sabar untuk mengharungi baki tiga perlawanan ini,” katanya.

Dengan berbaki tiga perlawanan – berdepan Stoke City, Chelsea dan Brighton and Hove Albion, Salah dalam landasan terbaik untuk terus memecah rekod Ian Rush bersama Liverpool, bagi jaringan terbanyak dalam satu musim.

Dia kini hanya enam gol kurang untuk menyamai rekod legenda Liverpool itu dengan 47 gol yang dilakukan pada 1983-84.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/salah-pemain-terbaik-pfa/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA