Update 20:23 date 19/09/2018
TEKNOLOGI | 02 Jul, 2018 | 13:12

Samsung perkenal model TV QLED terkini untuk 2018

TV skrin besar QLED 2018 telah menjadi salah satu jenama terbesar untuk televisyen definisi ultra-tinggi di peringkat antarabangsa. Facebook/Samsung KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia melancarkan keluaran televisyen skrin besar berdefinisi tinggi QLED terbaharu untuk model tahun 2018 sempena “Samsung Exclusive Launch Offer”, hari ini. Menurut Presiden Samsung Malaysia Electronics, Kim Yoonsoo, pada tahun ini televisyen QLED […]

Samsung perkenal model TV QLED terkini untuk 2018

TV skrin besar QLED 2018 telah menjadi salah satu jenama terbesar untuk televisyen definisi ultra-tinggi di peringkat antarabangsa. Facebook/Samsung

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia melancarkan keluaran televisyen skrin besar berdefinisi tinggi QLED terbaharu untuk model tahun 2018 sempena “Samsung Exclusive Launch Offer”, hari ini.

Menurut Presiden Samsung Malaysia Electronics, Kim Yoonsoo, pada tahun ini televisyen QLED adalah televisyen skrin besar definisi tinggi yang tercanggih dan kontemporari berdasarkan gaya hidup pengguna moden pada masa ini.

“Kami berbangga untuk mengatakan bahawa pengguna kami dapat menikmati kandungan yang mereka ingin dipaparkan dan bagaimana mereka berinteraksi dengan peranti mereka pada tahap yang lebih tinggi di paparan TV,” katanya.

 

Televisyen QLED model terkini menampilkan ciri-ciri  telah dipertingkatkan dengan ciri terbaharu seperti Intelligent Visual Expression bagi mencapai paparan yang lebih terperinci dan ciri Adaptive Display yang menyatukan paparan dengan ruang hidup.

Antara ciri terbaru dalam televisyen QLED 2018 juga ialah ciri Direct Full Array terbaru yang menggunakan panel dengan zon dengan latar belakang yang dikendalikan dengan pintar yang menyesuaikan secara automatik untuk memaparkan gambaran skrin yang berkualiti tinggi dan lebih jelas.

Televisyen QLED 2018 juga mempunyai teknologi Advanced Anti-Reflection yang memastikan bahawa kualiti gambar yang menakjubkan di kaca televisyen dan juga membantu meningkatkan kontras paparan.

Ciri Magic Screen yang didapati dalam televisyen QLED 2018 berfungsi untuk menjimatkan tenaga yang membolehkan televisyen QLED memaparkan gambar dengan lebih berkualiti serta elegan.

Samsung juga memperkenalkan pendekatan terbaru bagi mengurangkan kerumitan kabel pada televisyen QLED 2018, dengan ciri One Invisible Connection yang mengintegrasikan kabel kuasa dan garisan data di mana sebelum ini dipisahkan untuk membolehkan televisyen mampu menyelaraskan dengan lebih efisyen.

Selain itu, televisyen QLED 2018 juga direka dengan ciri penyambungan lancar daripada peranti serasi SmartThings untuk menawarkan pengguna lebih banyak kawalan ke atas teknologi pintar rumah pengguna dan ianya tersedia dalam peranti berkuasa iOS dan Android.

 

Televisyen QLED 2018 menampilkan tiga model dan akan tersedia bermula 1 Jun 2018, antaranya Q9F 4K Smart QLED TV yang mempunyai saiz skrin 75 inci yang berharga RM34,904.00 dan saiz skrin 65 inci yang berharga RM18,866.00.

Model kedua iaitu Q8C 4K Curved Smart TV yang memiliki bentuk paparan berlengkok mempunyai saiz skrin 65 inci (RM16,980.00) dan 55 inci (RM9,433.00).

Di samping itu, model ketiga ialah Q7F 4K Smart QLED TV yang mempunyai tiga saiz skrin iaitu 75 inci (RM31,131.00), 65 inci (RM15,093.00) dan 55 inci (RM8,489.00).

 

Pihak Samsung juga berkata pengguna hari ini bukan sahaja mementingkan saiz skrin yang lebar dan besar, namun juga menawarkan kualiti imej yang terbaik dan murni, dan pemasangan tanpa sebarang kerumitan seiring dengan aplikasi teknologi berasaskan kepintaran buatan (AI) yang mudah digunakan  untuk menghubungkan telefon pintar ke televisyen.

Televisyen QLED telah menjadi salah satu jenama terbesar untuk televisyen definisi ultra-tinggi di peringkat antarabangsa.

http://www.astroawani.com/gaya-hidup/samsung-perkenal-model-tv-qled-terkini-untuk-2018-176980
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA