Meskipun Seksyen 8(2) Akta Tabung Haji 1995 memperuntukkan bahawa mesyuarat Lembaga Pengarah TH cuma memerlukan kourum seramai tiga orang pengarah sahaja, tetapi tidak wajar kourum ini kekal seramai tiga orang untuk tempoh yang lama. Apatah lagi kini TH juga tidak mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Timbalan CEO.

Ini semua berlaku di saat jemaah haji Malaysia akan mula bertolak ke tanah suci untuk menunaikan rukun Islam kelima dalam waktu terdekat.

Secara teknikalnya, tadbir urus tertinggi TH boleh disifatkan sebagai hampir tergantung setidak-tidaknya daripada pandangan zahir masyarakat umum. Jangan biarkan institusi penting umat Islam ini terbiar lama tanpa tadbir urus yang sempurna.

Kesimpulannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal agama Islam perlulah menyegerakan pelantikan ahli-ahli Lembaga Pengarah TH, CEO dan Timbalan CEO dengan kadar segera.

M. HADI AH

Gombak, Selangor