Update 08:16 date 17/08/2018
SUKAN | 05 Aug, 2018 | 13:30

Selangor belum panik

Pengendali Selangor, Nazliazmi Nasir enggan menekan butang panik susulan kekalahan 0-3 ketika turun melayan kunjungan PKNP FC dalam aksi pembuka tirai saingan Kumpulan D, Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, kelmarin. Sebaliknya Nazliazmi optimis skuad bimbingannya itu mampu kembali pada prestasi sebenar menjelang aksi seterusnya nanti. “Bagi saya kekalahan malam ini (kelmarin) bukanlah titik noktah […]

Pengendali Selangor, Nazliazmi Nasir enggan menekan butang panik susulan kekalahan 0-3 ketika turun melayan kunjungan PKNP FC dalam aksi pembuka tirai saingan Kumpulan D, Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Sebaliknya Nazliazmi optimis skuad bimbingannya itu mampu kembali pada prestasi sebenar menjelang aksi seterusnya nanti.
“Bagi saya kekalahan malam ini (kelmarin) bukanlah titik noktah buat pasukan memandangkan perjalanan kami masih panjang, apa jua boleh berlaku dalam bola sepak.
“Jadi saya yakin pemain saya akan kembali bangkit selepas ini dan kekalahan ini akan menjadi satu pengalaman berguna buat mereka sebelum bertemu Pahang Sabtu ini,” katanya.
Mengulas lanjut perlawanan itu, Nazliazmi mengakui rentak permainan pasukannya serba tidak menjadi dan menyifatkan ia bukan aksi sebenar mereka sebagaimana dalam perlawanan sebelum ini.
“Kalau dilihat pemain berjaya mencipta beberapa peluang di depan gawang lawan bagaimana jentera serangan gagal menterjemahkannya dengan jaringan sedangkan pelawat bermain dengan cukup agresif.
“Hanya dengan sedikit kesilapan sahaja, PKNP FC pantas memanfaatkan peluang berkenaan untuk membuka tirai jaringan dan gol kedua mereka (PKNP FC) pada babak pertama perlawanan nyata membunuh semangat pemain untuk bangkit merapatkan jurang kedudukan,” katanya.
Dalam pada itu, Nazliazmi turut mengakui barisan tengah pasukannya agak longgar sehingga memberi ruang buat lawan menguasai perlawanan dan tindakan menggunakan khidmat pemain muda dari skuad Piala Presiden, Badrul Amin Rusalan juga kurang menjadi.
“Malah ketiadaan tiga tonggak utama pasukan Syahmi Safari serta dua import dari Indonesia, Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn yang bersama skuad B-23 negara dan Indonesia bagi persiapan Sukan Asia 2018 turut memberi kesan kepada perancangan pasukan,” katanya.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/selangor-belum-panik/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA