Update 21:37 date 15/10/2018
SUKAN | 12 Oct, 2018 | 11:02

Semangat Chong Wei belum luntur

Semangat jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei masih belum luntur untuk segera kembali menyertai kem latihan meskipun kini masih dalam tempoh  berehat  selepas  selesai menjalani rawatan kanser hidung tahap pertama. Gambaran itu diberikan menerusi perbualannya dengan bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang melawatnya hari ini, dan dimuat naik dalam laman sosial Instagram, @khairykj. Menerusi posting terkini itu juga, Khairy memuji semangat serta respons positif bekas pemain nombor satu dunia itu. “Melawat si juara hari ini.  Beliau baharu balik dari rawatan kanser selama enam minggu di Taiwan.  Saya  tanya […]

Semangat jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei masih belum luntur untuk segera kembali menyertai kem latihan meskipun kini masih dalam tempoh  berehat  selepas  selesai menjalani rawatan kanser hidung tahap pertama.

Gambaran itu diberikan menerusi perbualannya dengan bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang melawatnya hari ini, dan dimuat naik dalam laman sosial Instagram, @khairykj.

Menerusi posting terkini itu juga, Khairy memuji semangat serta respons positif bekas pemain nombor satu dunia itu.

“Melawat si juara hari ini.  Beliau baharu balik dari rawatan kanser selama enam minggu di Taiwan.  Saya  tanya sama ada beliau akan terus bermain. Tidak sabar untuk kembali ke gelanggang, kata Chong Wei. Gembira berjumpa @leechongweiofficial dalam keadaan baik dan bersemangat,†kata Khairy dalam akaun instagram @khairykj hari ni.

Khairy berkata pada pertemuan itu, Chong Wei kelihatan sihat dan ceria walaupun susut sebanyak lima kilogram selepas menjalani rawatan lebih enam minggu di Taiwan.

“Prognosis (kesihatan Chong Wei) adalah baik.  Perlu mengukuhkan sistem  imun beliau.  Malaysia mendoakan beliau supaya cepat sembuh sepenuhnya,†kata beliau.

Semalam, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad  Norza  Zakaria  berkata  Chong Wei tidak akan melakukan sidang media dalam masa terdekat kerana pemain itu perlu berehat dan menguatkan sistem imun badannya sebelum boleh berjumpa orang ramai.

Berikutan masalah kesihatannya itu, Chong Wei tidak beraksi di Sukan Asia di Indonesia dan Kejohanan  Dunia pada Ogos lepas.

— BERNAMA

Komen anda

http://www.sukansinar.com/semangat-chong-wei-belum-luntur/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA