Update 21:31 date 15/08/2018
HIBURAN | 18 Jul, 2018 | 15:02

Shah Rukh Khan setuju nikahi Ayu Ting Ting?

Para peminat Ayu di Indonesia telah menyangka bahawa soalan itu ditanya oleh dirinya sendiri dan isu tersebut telah hangat diperkatakan di Indonesia. – NAMA bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) telah menjadi hangat di Indonesia apabila dia didakwa membalas salah satu pertanyaan seseorang yang mengajak dirinya untuk berkahwin menerusi ruangan Ask Me Question di […]

Shah Rukh Khan setuju nikahi Ayu Ting Ting?

Para peminat Ayu di Indonesia telah menyangka bahawa soalan itu ditanya oleh dirinya sendiri dan isu tersebut telah hangat diperkatakan di Indonesia. –

NAMA bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) telah menjadi hangat di Indonesia apabila dia didakwa membalas salah satu pertanyaan seseorang yang mengajak dirinya untuk berkahwin menerusi ruangan Ask Me Question di Instagram Stories.

“Sudikah kamu berkahwin dengan saya?” tanya soalan tersebut.

“Sudah tentu, tanyalah ibu bapa kamu tentang tarikh pernikahan itu,” balas SRK.

Lebih menarik lagi, kontroversi mula tercetus selepas penyanyi Indonesia, Ayu Ting Ting telah memuat naik foto paparan skrin dialog tersebut menerusi ruangan Instagram Stories miliknya.

BACA: Tular video Shah Rukh Khan rai hari lahir Tun M, rupa-rupanya…

Ekoran dari perkara itu, para peminat Ayu di Indonesia telah menyangka bahawa soalan itu ditanya oleh dirinya sendiri dan isu tersebut telah hangat diperkatakan di Indonesia.

Untuk menghentikan salah faham yang berlaku, Ayu telah membuat kenyataan bahawa gambar paparan skrin yang dimuat naiknya itu diambil dari perbualan Shah Rukh Khan bersama peminat yang lain, bukan dirinya. Teks : Asraf Aided Sumber : liputan6.com
 

http://www.astroawani.com/berita-hiburan/shah-rukh-khan-setuju-nikahi-ayu-ting-ting-180788
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA