Update 07:34 date 20/09/2018
SUKAN | 17 Aug, 2018 | 06:04

Sherman harap Seydi kembali bantu MIFA benam Kedah

TONGGAK import MIFA, Kpah Sherman berharap gandingan mantapnya bersama Seydi L’Imam dapat kembali dipertaruhkan pada aksi bertemu Kedah di Stadium Darul Aman malam ini. Sherman yang sudah menjaringkan dua gol pada dua aksi Piala Malaysia berkata, kehadiran semula Seydi diyakini mampu menguatkan lagi pasukan dalam misi memburu kemenangan ketiga berturut-turut dalam kumpulan C. “Saya berharap […]

TONGGAK import MIFA, Kpah Sherman berharap gandingan mantapnya bersama Seydi L’Imam dapat kembali dipertaruhkan pada aksi bertemu Kedah di Stadium Darul Aman malam ini.

Sherman yang sudah menjaringkan dua gol pada dua aksi Piala Malaysia berkata, kehadiran semula Seydi diyakini mampu menguatkan lagi pasukan dalam misi memburu kemenangan ketiga berturut-turut dalam kumpulan C.

“Saya berharap Seydi dapat kembali dalam perlawanan ini. Walaupun tempatnya sebelum ini diisi dengan baik oleh pemain gantian, namun kehadirannya mungkin dapat memberi lebih impak kepada pasukan,” katanya.

Mengulas sama ada pasukannya layak digelar pasukan pilihan untuk mara ke pusingan seterusnya, pemain asal Liberia itu enggan mengakuinya sebaliknya menyifatkan perjalanan masih lagi panjang.

“Kami perlu terus bekerja keras untuk mencapai misi tersebut kerana masih terlalu awal untuk melabel kami sebagai pasukan pilihan.

“Kami perlu melalui satu demi satu perlawanan dan perlu diingat bahawa lawan kami, JDT, Kedah dan Kelantan semuanya pasukan besar. Jadi, kami perlu terus berdisiplin dan bekerja lebih keras untuk menjamin tempat kami di pusingan berikutnya,” katanya lagi.

MIFA kini menjadi pendahulu kumpulan C dengan mengutip enam mata penuh daripada dua perlawanan selepas menewaskan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan sebelum ini.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/sherman-harap-seydi-kembali-bantu-mifa-benam-kedah/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA