Update 14:08 date 18/09/2018
TEKNOLOGI | 04 Sep, 2018 | 06:08

Siapa YuMi di hati Tun Mahathir?

YuMI boleh dihubungkan dengan industri Internet of Things (IoT) yang semakin berkembang, serta menggunakan penganalisaan berpandukan data, khusus untuk meningkatkan prestasinya. KUALA LUMPUR: Kebiasaannya Tun Dr Mahathir Mohamad jarang-jarang menunjukkan sifat kagumnya dengan jelas, melainkan sesuatu itu benar-benar luar biasa. Tetapi hari ini, sewaktu merasmikan persidangan dan pameran Cities 4.0 + Business 4.0 di ibu […]

Siapa YuMi di hati Tun Mahathir?

YuMI boleh dihubungkan dengan industri Internet of Things (IoT) yang semakin berkembang, serta menggunakan penganalisaan berpandukan data, khusus untuk meningkatkan prestasinya.

KUALA LUMPUR: Kebiasaannya Tun Dr Mahathir Mohamad jarang-jarang menunjukkan sifat kagumnya dengan jelas, melainkan sesuatu itu benar-benar luar biasa.

Tetapi hari ini, sewaktu merasmikan persidangan dan pameran Cities 4.0 + Business 4.0 di ibu negara, ada sesuatu yang membuatkan Perdana Menteri itu terpegun.

Ketika hendak merasmikan persidangan tiga hari itu, Dr Mahathir terpukau dengan YuMi, sebuah robot yang mempunyai dua tangan fleksibel buatan syarikat multinasional Sweden dan Switzerland, iaitu ABB yang berpangkalan di Zurich.

Robot itu, dilengkapi teknologi state-of-the-art (tertinggi), telah diprogramkan untuk mencetak tulisan ‘Official Opening’ menggunakan dua pen di atas mini platform, yang kemudiannya ditandatangan oleh Perdana Menteri menggunakan pen yang dihulur oleh YuMi.

Robot dua tangan itu, dikatakan yang pertama seumpamanya di dunia, mempunyai sensor dan kamera untuk berinteraksi dan bekerja dengan manusia.

Menggunakan kaedah pengaturcaraan melalui panduan, YuMi boleh diajar untuk melakukan proses hanya dengan berpandukan sentuhan fizikal oleh manusia, sekali gus tidak lagi perlu untuk proses pengekodan (coding) yang memakan lebih masa.

Seperti kesemua robot ABB yang lain, YuMI boleh dihubungkan dengan industri Internet of Things (IoT) yang semakin berkembang, serta menggunakan penganalisaan berpandukan data, khusus untuk meningkatkan prestasinya.

http://www.astroawani.com/berita-teknologi/siapa-yumi-di-hati-tun-mahathir-184019
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA