Update 21:11 date 15/10/2018
BERITA | 15 Sep, 2018 | 06:04

Sindiket pelacur asing guna WeChat tumpas

Menggunakan aplikasi WeChat untuk mengumpan pelanggan, sindiket yang beroperasi di hotel mewah bagi melindungi kegiatan keji mereka akhirnya tumpas. -Gambar hiasan SUBANG JAYA: Menggunakan aplikasi WeChat untuk mengumpan pelanggan, sindiket yang beroperasi di hotel mewah bagi melindungi kegiatan keji mereka akhirnya tumpas. Kegiatan pelacuran membabitkan warga asing itu berjaya dihidu pihak berkuasa dalam satu operasi […]

Sindiket pelacur asing guna WeChat tumpas

Menggunakan aplikasi WeChat untuk mengumpan pelanggan, sindiket yang beroperasi di hotel mewah bagi melindungi kegiatan keji mereka akhirnya tumpas. -Gambar hiasan

SUBANG JAYA: Menggunakan aplikasi WeChat untuk mengumpan pelanggan, sindiket yang beroperasi di hotel mewah bagi melindungi kegiatan keji mereka akhirnya tumpas.

Kegiatan pelacuran membabitkan warga asing itu berjaya dihidu pihak berkuasa dalam satu operasi selama dua hari itu yang dijayakan pasukan unit Quick Response Team, Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Jabatan Imigresen Putrajaya.

Pihak berkuasa terpaksa menunggu lebih sejam sebelum pintu bilik berjaya dibuka.

Ketika serbuan dijalankan ada antara mereka sedang melayan pelanggan.
 
Pemeriksaan di bilik terbabit mendapati terdapat puluhan kondom, jel pelincir seks dan wang tunai di dalam laci dipercayai bagi tujuan kegiatan pelacuran di setiap bilik yang diserbu.

Hasilnya, 12 wanita warga Mongolia, Uzbekistan, China dan Indonesia berjaya ditahan.

Turut ditahan, dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai penjaga wanita warga asing terbabit.

Beberapa pelanggan turut ditahan bagi membantu siasatan.

Kesemua mereka dibawa ke ibu pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Menurut pihak berkuasa, modus operandi sindiket ialah pelanggan akan memilih pelacur warga asing terbabit menggunakan aplikasi WeChat dan membuat janji temu di hotel yang ditetapkan.

Bayaran di antara RM250 dan RM500 dikenakan kepada pelanggan bagi setiap 45 minit langganan.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sindiket-pelacur-asing-guna-wechat-tumpas-185667
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA