Update 00:20 date 21/07/2018
BERITA | 13 Jul, 2018 | 00:04

SKMM tidak bertindak sendiri dalam memerangi pornografi atas talian – Gobind

Gobind Singh melawat Projek Pengembangan Pusat Parcel Bersepadu di Shah Alam selepas melancarkannya pada Khamis. –fotoBERNAMA SHAH ALAM: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak menjalankan pemantauan atau pemerhatian sendiri terhadap laman sesawang lucah terutama yang berkaitan pornografi kanak-kanak, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. SKMM hanya akan membantu polis dan pihak berkuasa […]

SKMM tidak bertindak sendiri dalam memerangi pornografi atas talian - Gobind

Gobind Singh melawat Projek Pengembangan Pusat Parcel Bersepadu di Shah Alam selepas melancarkannya pada Khamis. –fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak menjalankan pemantauan atau pemerhatian sendiri terhadap laman sesawang lucah terutama yang berkaitan pornografi kanak-kanak, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

SKMM hanya akan membantu polis dan pihak berkuasa lain yang berkaitan sekiranya ada permintaan untuk mengambil tindakan ke atas laman sesawang lucah, kata beliau.

“SKMM akan membantu pihak berkuasa dalam kes-kes tertentu. Itu tindakan di bawah bidang kuasa mereka. Perjudian dalam talian juga boleh dipantau, jika ada permintaan, mereka akan membantu,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Projek Pengembangan Pusat Parcel Bersepadu (IPC) di sini pada Khamis.

Menurut satu portal dalam talian, unit baharu polis yang dilengkapkan dengan teknologi canggih seperti dalam filem Mission Impossible, telah ditubuhkan baru-baru ini untuk menjejaki pengguna yang melayari laman pornografi atas talian.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Asisten Komisioner Ong Chin Lan berkata tugas utama Unit Siasatan Jenayah Internet Terhadap Kanak-Kanak (MICAC) yang baru dilancarkan ialah untuk memantau trafik di laman sesawang lucah terutama yang berkaitan pornografi kanak-kanak.

Ia akan mengenal pasti identiti dan lokasi dalam masa nyata, 24/7, pengguna Internet yang melayari laman sesawang dan membangunkan pangkalan data individu-individu tersebut – portal yang kerap mereka layari, berapa lama mereka meluangkan masa di laman itu, dan fail-fail yang mereka muat naik dan muat turun – yang dapat membantu pihak berkuasa untuk mendakwa mereka.

Polis akan memantau mereka yang melayari laman sesawang ini dari semasa ke semasa dan menggunakan perisian yang dibangunkan khas untuk mengenal pasti identiti, lokasi dan menjejaki jika mereka melayari laman sesawang lucah, terutama berkaitan pornografi kanak-kanak.

Maklumat yang dikumpulkan itu akan diserahkan kepada SKMM untuk mendapatkan butiran pengguna internet.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/skmm-tidak-bertindak-sendiri-dalam-memerangi-pornografi-atas-talian-gobind-180325
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA