Malaysian Tigers membenarkan Jepun bangkit mengikat kedudukan 3-3 selepas mendahului 3-1, dan situasi itu hampir sama dengan saingan akhir Sukan Asia di Jakarta apabila lawan mengejar daripada ketinggalan 2-5 untuk menyamakan jaringan 6-6.

Penolong ketua jurulatih hoki negara, Muhammad Amin Rahim berkata, kelekaan mengawal pemain lawan memberi ruang buat Jepun mendapatkan dua gol.

“Kita bermain baik pada suku pertama yang menyaksikan kami mendahului 3-1 malah beberapa keputusan pengadil juga memberi kesan kepada pemain sehingga hilang tumpuan. Ini perlu diperbaiki jika tidak mahu masalah sama berulang.

“Menjelang pertemuan dengan Argentina (Jumaat), pemain perlu lebih fokus dan yakin dengan kemampuan, selain tingkatkan lagi disiplin ketika bertahan dan jangan mudah hilang bola,” kata Muhammad Amin.

Ketiga-tiga jari­ngan Malaysia disem­purnakan Muhammad Razie Abdul Rahim menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-15 dan 21, selain Fitri Saari (minit ke-27).