Update 04:48 date 16/07/2018
SUKAN | 12 Jul, 2018 | 10:02

Skuad Mourinho mula latihan tanpa 12 pemain

Pemain muda Demetri Mitchell bersama Juan Mata ketika hadir ke sesi latihan pada Rabu. MANCHESTER United mula menjalani latihan lebih awal biar pun tirai kempen Liga Perdana Inggeris mula dibuka pada Ogos depan. Skuad Jose Mourinho mula melaporkan diri bagi sesi latihan di Carrington pada Rabu tanpa kehadiran beberapa pemain bintang yang masih beraksi pada […]

Pemain muda Demetri Mitchell bersama Juan Mata ketika hadir ke sesi latihan pada Rabu.

MANCHESTER United mula menjalani latihan lebih awal biar pun tirai kempen Liga Perdana Inggeris mula dibuka pada Ogos depan.

Skuad Jose Mourinho mula melaporkan diri bagi sesi latihan di Carrington pada Rabu tanpa kehadiran beberapa pemain bintang yang masih beraksi pada Piala Dunia di Rusia.

Anatara yang kelihatan termasuk Ander Herrera, Alexis Sanchez, Juan Mata, Antonio Valencia, Eric Bailly dan Luke Shaw.

Dua pemain baharu diikat Lee Grant dan Diogo Dalot diperkenal kepada rakan sepasukan, manakala Fred belum lagi tiba selepas skuad Brazil tersingkir daripada saingan suku akhir Ahad lalu.

Jose Mourinho

Ashley Young, Phil Jones, Jesse Lingard, Marcus Rashford, Marouane Fellaini, Romelu Lukaku dan Paul Pogba masih lagi berada di Rusia menjelang aksi final dan perebutan tempat ketiga/keempat hujung minggi ini.

United bakal terbang ke Arizona untuk perlawanan persahabatan pada 19 Julai ini.

Mereka juga bakal beraksi dalam saingan Piala Juara-Juara di Amerika Syarikat bertemu AC Milan (26 Julai), Liverpool (28 Julai) dan Real Madrid pada 1 Ogos ini.

Kempen United dalam Liga Perdana bermula pada 10 Ogos depan bertemu Leicester City di Old Trafford.

http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2018/07/12/united
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA