Update 13:40 date 18/09/2018
SUKAN | 17 Aug, 2018 | 13:06

Skuad sepak takraw hilang perejam utama

Skuad Sepak Takraw Negara giat melakukan latihan menjelang Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang Ke-18 di Kompleks Sukan Jakabaring. Skuad sepak takraw negara menerima tamparan hebat sebelum bermula Sukan Asia Jakarta-Palembang, esok, apabila kehilangan perejam utama Mohd Hanafiah Dollah yang terpaksa digugurkan akibat kecederaan pangkal paha, dua hari lepas. Perkembangan terbaharu itu disahkan ketua jurulatih, Abdul Talib Ahmad ketika ditemui pada sesi latihan rasmi skuad berkenaan di Gor Dempol, Kompleks Sukan Jakabaring di sini hari ini. Menurut Abdul Talib, […]

Skuad Sepak Takraw Negara giat melakukan latihan menjelang Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang Ke-18 di Kompleks Sukan Jakabaring.

Skuad sepak takraw negara menerima tamparan hebat sebelum bermula Sukan Asia Jakarta-Palembang, esok, apabila kehilangan perejam utama Mohd Hanafiah Dollah yang terpaksa digugurkan akibat kecederaan pangkal paha, dua hari lepas.

Perkembangan terbaharu itu disahkan ketua jurulatih, Abdul Talib Ahmad ketika ditemui pada sesi latihan rasmi skuad berkenaan di Gor Dempol, Kompleks Sukan Jakabaring di sini hari ini.

Menurut Abdul Talib, tempat Hanafiah segera diisi Muhammad Kamal Ishak yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan, dua hari sebelum mereka berlepas ke Palembang.

“Kita akui beliau (Hanafiah) merupakan perejam  nombor satu negara sekarang, tapi kita juga mempunyai perancangan seandainya terdapat kecederaan pada pemain kita.

“Pemilihan Kamal untuk menggantikan Hanafiah dibuat selepas meneliti pelbagai faktor antaranya dari segi kecergasan dan fizikal,†katanya.

Ketiadaan Hanafiah itu membuka ruang kepada lima lagi perejam kebangsaan yang berada dalam senarai skuad ke Sukan Asia 2018 bagi merebut tempat dalam regu utama skuad negara dalam acara regu berpasukan yang dijadual bermula Ahad ini.

Namun, nama yang disebut-sebut untuk mengisi posisi Hanafiah itu ialah antara Mohammad Azlan Alias dan Muhammad Kamal.

Dalam pada itu, Muhammad Kamal berkata walaupun namanya disenaraikan pada saat akhir, ia tidak menjadi masalah besar kerana beliau turut menjalani latihan bersama-sama skuad negara di tanah air sebelum ini.

“Ini kali pertama saya mewakili Malaysia pada Sukan Asia, pastinya saya akan memberikan 100 peratus untuk mencipta kejayaan buat negara tercinta,†katanya.

Sementara itu, Mohammad Azlan berkata ketiadaan Hanafiah sebenarnya membakarkan lagi semangat seluruh pasukan untuk mempamerkan aksi berkualiti dan berjuang untuk meraih kejayaan.

“Peluang saya mengisi tempat Hanafiah saya merasakan masih terbuka kerana kelima-lima perejam ke Sukan Asia ini, sama bagus dan biarkan jurulatih menentukannya,†kata beliau.- Bernama

 

 

Komen anda

http://www.sukansinar.com/skuad-sepak-takraw-hilang-perejam-utama/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA