Update 13:23 date 18/09/2018
DUNIA | 14 Sep, 2018 | 15:02

Solat tidak dibenarkan di Hagia Sophia

Pada tahun 1930 an, Hagia Sophia ditukar menjadi sebuah muzium yang boleh diakses semua penganut sekular Turki moden. ISTANBUL: Mahkamah Tinggi Turki menolak permohonan untuk membolehkan umat Islam solat di Hagia Sophia yang kini berfungsi sebagai sebuah muzium. Keputusan untuk menolak tuntutan sebuah pertubuhan itu dibuat atas alasan ia tidak mempunyai kelayakan dan sebarang perubahan […]

Solat tidak dibenarkan di Hagia Sophia

Pada tahun 1930 an, Hagia Sophia ditukar menjadi sebuah muzium yang boleh diakses semua penganut sekular Turki moden.

ISTANBUL: Mahkamah Tinggi Turki menolak permohonan untuk membolehkan umat Islam solat di Hagia Sophia yang kini berfungsi sebagai sebuah muzium.

Keputusan untuk menolak tuntutan sebuah pertubuhan itu dibuat atas alasan ia tidak mempunyai kelayakan dan sebarang perubahan tidak sepatutnya berlaku kepada bangunan tersebut.

Dalam rayuannya, pertubuhan itu mendakwa tindakan melarang umat Islam solat di Hagia Sophia melanggar hak kebebasan bersuara.

Menurut laman web Haberturk, tuntuan dibuat oleh sebuah pertubuhan warisan bebas di Turki.

Pada tahun 1930 an, Hagia Sophia ditukar menjadi sebuah muzium yang boleh diakses semua penganut sekular Turki moden.

Hagia Sophia mempunyai sejarah yang panjang di mana pada awalnya ia adalah sebuah gereja dan kemudiannya ditukar menjadi masjid. – AFP

http://www.astroawani.com/berita-dunia/solat-tidak-dibenarkan-di-hagia-sophia-185626
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA