SEREMBAN – Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan pada Persidangan (Khas) Penggal Pertama Dewan Negeri Sembilan Yang Ke-14 di Seremban, hari ini.

Majlis pelantikan tersebut disempurnakan Menteri Besar, Aminuddin Harun dengan pemakaian jubah dan songkok kepada Speaker, kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Majlis turut disaksikan oleh 36 Adun yang berada dalam dewan tersebut, yang turut disertai bekas menteri besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Terdahulu, jawatan Speaker disandang Adun Kota, Dr Awaludin Said.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Majlis Angkat Sumpah Adun Negeri Sembilan.