Update 19:54 date 17/08/2018
SUKAN | 10 Aug, 2018 | 11:02

Steer tinggalkan Aston Villa

PENGURUS Aston Villa, Steve Bruce mengesahkan bahawa penjaga gol Jed Steer akan meninggalkan kelab itu untuk menyertai Charlton Athletic secara pinjaman. Steer memulakan musim sebagai pemain No. 1 Aston Villa dan menyelamatkan gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Hull City pada Isnin. Kata Bruce: “Jed telah dipinjamkan pada pagi ini. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. […]

PENGURUS Aston Villa, Steve Bruce mengesahkan bahawa penjaga gol Jed Steer akan meninggalkan kelab itu untuk menyertai Charlton Athletic secara pinjaman.

Steer memulakan musim sebagai pemain No. 1 Aston Villa dan menyelamatkan gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Hull City pada Isnin.

Kata Bruce: “Jed telah dipinjamkan pada pagi ini. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepadanya.

“Dia kecewa dengan kecederaan yang dialami dan kami harap semuanya berjalan lancar untu dirinya.

“Hari kedua saya di sini, dia mengalami kecederaan ‘achilles’, tahun lalu pula bahunya terkehel,” katanya.

Villa dan Charlton dijangka akan mengumumkan perjanjian tersebut pada Jumaat dan pemain lain yang juga mungkin akan meninggalkan Villa Park sebelum tingkap perpindahan pinjaman ditutup pada hujung bulan ini.

Bekas pemain England B16, B17 dan B19 itu telah menghabiskan beberapa musim secara pinjaman sejak menyertai kelab dari Norwich pada 2013. – Birmingham Mail

http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2018/08/10/jed-steer-tinggalkan-aston-villa
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
Tag Berkaitan:
KOMEN ANDA