KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Raja Permaisuri Bainun, Dewan Penginapan Mahasiswa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk) dan Perpustakaan dan Dewan Serbaguna Universiti Sultan Azlan Shah (Usas), pagi tadi.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Hadir sama, Menteri Besar, Ahmad  Faizal Azumu , Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ghazali Jalal, Naib Canselor Usas, Tan Sri Nordin Khardi, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk), Datuk Dr Amirudin Muhamed, Speaker Dewan Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham serta barisan Exco Kerajaan Negeri.