Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, suspek berusia dalam lingkungan 40 tahun itu dikatakan memecah masuk pejabat sekolah tersebut sebelum perbuatannya dikesan kira-kira pukul 5.40 pagi tadi.

“Suspek yang menyedari kehadiran pihak polis dan pengawal keselamatan kemudiannya bertindak terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah menyebabkan patah kaki kirinya,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE