Update 14:48 date 15/10/2018
SUKAN | 14 Sep, 2018 | 23:03

Tersingkir di suku akhir, skuasy berpasukan wanita buru kedudukan Top 5

HASRAT skuad berpasukan wanita negara melangkah jauh di kejohanan berpasukan dunia tidak kesampaian apabila disingkirkan Perancis di pusingan suku akhir. Perancis yang diketuai pemain nombor lima dunia, Camille Serme nyata tidak berdepan masalah mencatat kemenangan bersih 2-0 untuk mara ke separuh akhir. Serme selaku pemain pertama mudah mengenepikan cabaran ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann […]

HASRAT skuad berpasukan wanita negara melangkah jauh di kejohanan berpasukan dunia tidak kesampaian apabila disingkirkan Perancis di pusingan suku akhir.

Perancis yang diketuai pemain nombor lima dunia, Camille Serme nyata tidak berdepan masalah mencatat kemenangan bersih 2-0 untuk mara ke separuh akhir.

Serme selaku pemain pertama mudah mengenepikan cabaran ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David 11-9, 11-2 dan 11-5 untuk meletakkan Perancis di depan.

Pemain nombor 34 dunia, Coline Aumard meneruskan momentum kemenangan di perlawanan kedua apabila menundukkan juara kebangsaan, S. Sivasangari 8-11, 11-8, 11-8 dan 11-8, sekali gus mengesah tempat ke separuh akhir bertemu jaguh skuasy dunia, Mesir.

Kekalahan itu jelas mengecewakan, namun ianya seakan sudah dijangka Pengarah Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S Maniam.

Terdahulu, Maniam mengakui laluan sukar buat skuad negara untuk mara ke separuh akhir memandangkan cabaran hebat menanti daripada pasukan handalan dunia.

Namun, beliau percaya peluang Malaysia menepati sasaran untuk menjadi lima pasukan terbaik dunia masih ada memandangkan pemain negara bakal turun beraksi menentang Amerika Syarikat untuk menentukan kedudukan kelima hingga kelapan.

“Kita mahu jadi top 5 berpasukan dunia, jadi saya percaya peluang itu masih ada. Apa pun, pemain sudah memberikan yang terbaik dan pengalaman ini pastinya akan lebih mendewasakan mereka pada masa akan datang,” katanya.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/tersingkir-di-suku-akhir-skuasy-berpasukan-wanita-buru-kedudukan-top-5/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA