Update 19:53 date 17/08/2018
SUKAN | 10 Aug, 2018 | 11:02

The Hawks perlu bangkit

BARISAN pemain The Hawks perlu segera bangkit dari kekalahan dengan menjadikan Felcra FC sebagai mangsa kebangkitan dalam saingan Kumpulan A, Unifi Piala Malaysia 2018. Pengurus Pasukan Kuala Lumpur, Datuk Kamaruddin Hassan menjelaskan episod kekalahan 1-5 ditangan Terengganu, Sabtu lalu perlu dilupakan segera dan memberikan tumpuan aksi kedua menentang Felcra FC, Ahad ini. “Perjalanan masih awal […]

BARISAN pemain The Hawks perlu segera bangkit dari kekalahan dengan menjadikan Felcra FC sebagai mangsa kebangkitan dalam saingan Kumpulan A, Unifi Piala Malaysia 2018.

Pengurus Pasukan Kuala Lumpur, Datuk Kamaruddin Hassan menjelaskan episod kekalahan 1-5 ditangan Terengganu, Sabtu lalu perlu dilupakan segera dan memberikan tumpuan aksi kedua menentang Felcra FC, Ahad ini.

“Perjalanan masih awal namun pemain tidak boleh leka dan membiarkan pesaing lain mengutip mata, lupakan kekalahan Sabtu lalu dan bagi saya pemain perlu bangkit dan membuktikan kemampuan kepada peminat.

“Usah ulangi kesilapan lalu kerana saya percaya pemain mampu melakukan yang lebih baik,” jelasnya yang sentiasa turun pada meninjau perkembangan latihan pasukan.

Mengulas kekalahan Sabtu lalu, Kamaruddin mengakui benteng terlalu mudah dicerobohi walaupun pasukan memiliki lima pemain diposisi berkenaan.

“Saya sendiri pun tidak pasti apa sebenarnya berlaku, lawan mudah meloloskan diri untuk melakukan hantaran ke dalam kawasan bahaya, bukan sekali tetapi empat gol yang terhasil berpunca dari kerapuhan benteng.

“Yee Fatt Chong selaku jurulatih sementara telah diarahkan untuk mengatasi masalah ini bagi memastikan tiga mata menjadi milik The Hawks,” jelasnya.

Pada perlawanan di Stadium KLFA, Cheras Sabtu lalu, penyerang import Terengganu, Tchetche Kipre muncul pemusnah buat tuan rumah apabila meledak hatrik pada minit ke-24, m-54, m-72 diikuti jaringan Lee Tuck (m-44) dan Igor Zonjic (m-64) manakala gol saguhati Kuala Lumpur dihasilkan Zaquan Adha Abd Radzak pada minit ke-85.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/the-hawks-perlu-bangkit/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA