Update 21:35 date 15/08/2018
BERITA | 07 Aug, 2018 | 22:00

Tiada jangkitan selsema burung pada manusia di Tuaran

Tuaran diisytihar kawasan wabak selesema burung selepas hasil ujian mendapati sebuah ladang ternakan ayam di daerah berkenaan merekodkan keputusan positif. – Gambar hiasan KOTA KINABALU: Tiada jangkitan virus selesema burung pada manusia dilaporkan walaupun Tuaran telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak berkenaan, kata Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi. Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan […]

Tiada jangkitan selsema burung pada manusia di Tuaran

Tuaran diisytihar kawasan wabak selesema burung selepas hasil ujian mendapati sebuah ladang ternakan ayam di daerah berkenaan merekodkan keputusan positif. – Gambar hiasan

KOTA KINABALU: Tiada jangkitan virus selesema burung pada manusia dilaporkan walaupun Tuaran telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak berkenaan, kata Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi.

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah masih memantau serta membuat penilaian terhadap situasi tersebut bagi mengesan kemungkinan berlakunya jangkitan kepada manusia.

“Kami mempunyai pasukan sendiri untuk membuat penilaian di kampung terbabit atau di kawasan wabak kerana kami ingin memastikan ada atau tidak pemindahan (virus) berlaku pada manusia.

“Penilaian ini akan dilakukan secara berterusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Penyusuan Susu Ibu Sedunia peringkat negeri, di sini pada Selasa.

Pada 3 Ogos, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Junz Wong mengisytiharkan Tuaran sebagai kawasan wabak selesema burung selepas hasil ujian yang dijalankan mendapati sebuah ladang ternakan ayam di daerah berkenaan merekodkan keputusan positif bagi selesema burung.

Pada Isnin, JPV Sabah melupuskan kira-kira 10,000 daripada 28,000 ekor ayam yang akan dilupuskan di ladang itu.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-jangkitan-selsema-burung-pada-manusia-di-tuaran-182471
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA