Update 13:47 date 18/09/2018
HIBURAN | 14 Sep, 2018 | 11:02

“Tiada lagi pinggang ramping selepas berkahwin dengan Emran” – Laudya Cynthia Bella

Pasangan Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella mendirikan rumah tangga pada 8 September tahun lalu. PELAKON Indonesia, Laudya Cynthia Bella mengakui berat badannya naik setelah setahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Engku Emran. Menerusi sebuah video yang dikongsikan di YouTube, Laudya menjelaskan berat badannya meningkat sebanyak enam kilogram. “Ketika mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, […]

"Tiada lagi pinggang ramping selepas berkahwin dengan Emran" - Laudya Cynthia Bella

Pasangan Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella mendirikan rumah tangga pada 8 September tahun lalu.

PELAKON Indonesia, Laudya Cynthia Bella mengakui berat badannya naik setelah setahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Engku Emran.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di YouTube, Laudya menjelaskan berat badannya meningkat sebanyak enam kilogram.

“Ketika mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, berat badan saya ialah 49 kilogram.

“Sekarang ini saya sudah tidak memiliki pinggang ramping seperti dulu dan berat sekarang ialah 55 kilogram.

“Bukan hanya saya seorang yang naik berat badan malah suami juga mengalami perkara yang sama,” katanya.

Pasangan Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella mendirikan rumah tangga pada 8 September tahun lalu.

 

http://www.astroawani.com/berita-hiburan/tiada-lagi-pinggang-ramping-selepas-berkahwin-dengan-emran-laudya-cynthia-bella-185586
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA