KHALID ABDUL SAMAD
KHALID ABDUL SAMAD

Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, semua pihak yang dapat memberi komitmen ke arah perubahan pentadbiran yang lebih telus dan amanah akan dikekalkan.

“Saya datang bukan untuk membawa satu rombakan. Jangan rasa kita datang ambil alih kerajaan, kita hendak buat rombakan menyeluruh yang mana Semua ditukar dan semua orang Pakatan Harapan mengambil jawatan sebagai ketua setiausaha dan presiden.

“Itu bukan cara kita. Kita datang untuk membawa perubahan pentadbiran lebih telus dan amanah. Semua yang dapat memberi komitmen ke arah itu kita kekalkan,†katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Perbadanan Putrajaya (PPj) di sini hari ini.

Berhubung isu penjualan 64 lot tanah kerajaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pemaju tanpa mematuhi prosedur kerajaan, Khalid berkata, jika perkara itu mempunyai elemen jenayah, pihaknya tidak akan melindungi mereka yang terlibat.

Katanya, perbuatan tersebut adalah saya tindakan mengkhianati kepentingan awam dan semua pihak termasuk di pejabat kementerian dan PPj akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Kita akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak yang diamanahkan untuk melakukan siasatan dalam kes berkenaan. Tiada yang akan dilindungi,†katanya.

Sebelum Ini, Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Lim Lip Eng membuat laporan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera kes penjualan 64 bidang tanah berkeluasan 171 hektar pada harga RM4.28 bilion kepada Yayasan Wilayah Persekutuan pada 2013 melibatkan bekas menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – UTUSAN ONLINE