BAZLAN OSMAN

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Baz­lan Osman berkata, pakej mampu milik itu ditawarkan pada harga RM79 dengan kuota data sehingga 60GB setiap bulan.

Katanya, pelan yang ditawarkan itu adalah 50 peratus lebih rendah daripada pelan unifi Home 30MBps sedia ada sekali gus memberi peluang kepada semua orang untuk menikmati servis jalur lebar yang lebih murah dan pantas.

“Pakej ini boleh dilanggan mulai 15 Julai ini. Langkah ini adalah selari dengan aspirasi kerajaan untuk mengurangkan harga perkhidmatan jalur lebar menje­lang hujung tahun ini.

“Unifi Basic juga boleh dilanggan secara eksklusif menerusi platform dalam talian bermula 15 Ogos ini,†katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

TM juga memper­kenalkan pengenalan penaiktarafan pelan untuk pelanggan unifi Home sedia ada sehingga 800Mbps.

Pelanggan Streamyx (praunifi) berpeluang menikmati pelan naik taraf kepada unifi di kawasan liputan unifi atau peningkatan kelajuan dua kali ganda di kawasan yang tiada liputan servis berkenaan.

TM turut mengumumkan pelan unifi turbo terdiri daripada lite plan, advance plan dan pro plan masing-masing ditawarkan pada harga RM129 (10Mbps), RM139 (30Mbps) dan RM329 (100Mbps) bermula 15 Ogos ini.

Pada sidang akhbar itu juga, ia menyaksikan pengenalan semula pelan pascabayar yang dikenali sebagai unifi Mobile ditawarkan mulai 15 Julai ini dengan harga promosi RM99 sebulan.

Mei lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menjangkakan harga perkhid­matan jalur lebar di Malaysia turun sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang hujung tahun ini.

Penurunan harga itu berikutan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) pada 8 Jun lalu dan berkuat kuasa 1 Januari 2018, yang mengenakan harga siling borong bagi pembekal kemudahan dan perkhidmatan digunakan syarikat telekomunikasi di pasaran.