Update 13:27 date 18/09/2018
DUNIA | 14 Sep, 2018 | 11:05

Trauma kanak-kanak 11 tahun diikat, mulut disumbat dan dirogol

Ketika kejadian, bapa mangsa telah pergi ke tempat kerja manakala ibunya tiada di rumah. – Gambar hiasan MUMBAI: Seorang kanak-kanak 11 tahun mengalami detik hitam apabila dirogol oleh seorang penjenayah di rumahnya di Bandra, Mumbai India. Polis memberitahu, kejadian itu berlaku antara 11 pagi hingga 12.30 tengah hari ketika kanak-kanak nitu tinggal bersendirian di rumahnya. […]

Trauma kanak-kanak 11 tahun diikat, mulut disumbat dan dirogol

Ketika kejadian, bapa mangsa telah pergi ke tempat kerja manakala ibunya tiada di rumah. – Gambar hiasan

MUMBAI: Seorang kanak-kanak 11 tahun mengalami detik hitam apabila dirogol oleh seorang penjenayah di rumahnya di Bandra, Mumbai India.

Polis memberitahu, kejadian itu berlaku antara 11 pagi hingga 12.30 tengah hari ketika kanak-kanak nitu tinggal bersendirian di rumahnya.

Ketika kejadian, bapa mangsa telah pergi ke tempat kerja manakala ibunya tiada di rumah.

Ketika ibunya pulang semula ke rumah sekitar 1.30 petang, wanita itu terkejut apabila mendapati pintu hadapan rumahnya dikunci dari luar.

Wanita itu kemudian meminta pertolongan jiran untuk memecahkan pintu sebelum terkejut apabila mendapati anak perempuannya terbaring dilantai diikat sambil mulut disumbat kain.

Wanita itu segera menghubungi suaminya dan kedua-duanya membawa anak perempuan mereka ke balai polis.

“Hasil soal siasat mendapati suspek telah menekan loceng rumah selepas kedua-dua ibu bapanya keluar rumah.

“Suspek turut bertanyakan tentang ibu bapa mangsa sebelum mengacukan pisau lalu mengikat dan merogol,” kata polis terbabit.

Kanak-kanak itu juga diugut sekiranya mangsa menjerit meminta tolong.

Polis berkata, suspek juga dipercayai melarikan wang tunai beserta barang kemas.

http://www.astroawani.com/berita-dunia/trauma-kanak-kanak-11-tahun-diikat-mulut-disumbat-dan-dirogol-185591
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA