SEGAMAT – Kemenangan besar Pakatan Harapan (Harapan) pada PRU14 lalu merupakan titik perubahan dan nafas baharu terutama bagi penduduk Dun Jementah.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata, tugas menjadi wakil rakyat bukan tugas mudah kerana beliau membawa suara penduduk.

“Ini tanggungjawab besar saya kerana diberi kepercayaan memimpin Dun Jementah sekali lagi selepas kali pertama menjadi Adun Jementah sejak PRU13.

“Saya sedar tanggungjawab sebagai wakil rakyat baharu di Dun Jementah. Saya akan cuba menyampaikan hasrat dan pandangan mereka terutamanya pengundi yang mengundi saya ke sidang Dun untuk lebih didengari,†katanya.

Beliau ditemui semasa melakukan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hua Nan Batu Anam, semalam.

Chen Choon yang juga Naib Pengerusi DAP Johor berkata, beliau juga mengalu-alukan pengundi di Dun Jementah untuk Pusat Khidmat Rakyat Dun Jementah sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang memerlukan perhatian.

Katanya, ia secara tidak langsung sebagai salah satu inisiatif rakyat lebih mendekati dirinya dan beliau cuba selesaikan aduan penting terlebih dahulu seperti pencemaran kilang kelapa sawit di Jementah.