Update 14:46 date 15/10/2018
POLITIK | 15 Sep, 2018 | 01:02

UMNO belum ada kata putus letak calon PRK Port Dickson – Annuar

Annuar berkata pendirian rasmi UMNO hanya akan dikeluarkan oleh ibu pejabat parti atau presiden pada masa yang difikirkan sesuai. – Gambar fail KUALA LUMPUR: Pendirian UMNO sama ada untuk meletakkan calon atau tidak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson akan diputuskan selepas mesyuarat biro politiknya pada 24 September depan, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan […]

UMNO belum ada kata putus letak calon PRK Port Dickson - Annuar

Annuar berkata pendirian rasmi UMNO hanya akan dikeluarkan oleh ibu pejabat parti atau presiden pada masa yang difikirkan sesuai. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pendirian UMNO sama ada untuk meletakkan calon atau tidak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson akan diputuskan selepas mesyuarat biro politiknya pada 24 September depan, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

“Pihak UMNO belum ada apa-apa keputusan atau pendirian sama ada UMNO akan meletakkan calon atau tidak bagi PRK berkenaan, sehingga biro politik UMNO bermesyuarat pada 24 September ini.

“Adalah dijangkakan Barisan Nasional (BN) juga akan mengadakan mesyuarat selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Beliau berkata pendirian rasmi UMNO hanya akan dikeluarkan oleh ibu pejabat parti atau presiden pada masa yang difikirkan sesuai.

Justeru, katanya sebarang kenyataan atau pendapat yang diutarakan oleh mana-mana pemimpin atau anggota parti itu berkaitan PRK berkenaan dianggap sebagai pendapat peribadi masing-masing.

“Mereka berhak dan tidak dihalang berbuat demikian,” katanya.

Pada Rabu lepas, penyandang Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK berkenaan.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-politik/umno-belum-ada-kata-putus-letak-calon-prk-port-dickson-annuar-185645
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA