Update 21:14 date 15/10/2018
HIBURAN | 11 Jul, 2018 | 09:06

Umur 13 tahun, Cik B dapat hadiah kereta mewah

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada anak perempuannya iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B. Menerusi laman Instagram, Vida memuat naik rakaman video remaja berusia 13 tahun itu mencuba kenderaan tersebut. Rata-rata pengikut menyatakan rasa kagum dengan pemberian Vida itu bersempena ulang tahun kelahiran Cik B, […]

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada anak perempuannya iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B.

Menerusi laman Instagram, Vida memuat naik rakaman video remaja berusia 13 tahun itu mencuba kenderaan tersebut.

Rata-rata pengikut menyatakan rasa kagum dengan pemberian Vida itu bersempena ulang tahun kelahiran Cik B, baru-baru ini.

“Cik B memang layak dapat macam tu. Dia jenis merendah diri walaupun keluarga kaya, tak menunjuk-nunjuk.

Vida bersama Cik B.

“Untunglah, seronok jadi anak orang kaya, nak apa-apa pun dapat.

“Alhamdulillah semoga Datuk bertambah kaya dan bangga melihat orang Melayu Islam berjaya,” komen pengikut.

Sementara itu, hasil carian di laman sesawang jual beli mendapati kenderaan dengan jenama Mercedes Benz CLA 180 itu dianggarkan bernilai hampir RM200,000.

Sebelum ini, Cik B pernah menyatakan hasrat meminta ibunya itu membelikan sebuah kereta mewah jenama Mustang.

http://www.mstar.com.my/hiburan/zoom/2018/07/11/vida-kereta
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
Tag Berkaitan:
KOMEN ANDA