Filem terbitan Veedu Production dengan kerjasama Astro Vaanavil itu memecah rekod empat tahun yang dipegang oleh filem Maindhan, arahan C. Kumaresan, yang sebelum ini mengutip RM903,000.

VIMALA PERUMAL
VIMALA PERUMAL

Filem arahan pengarah wanita terkenal, Dr. Vimala Perumal itu mula ditayangkan di pawagam mulai 26 Julai lalu di 55 pawangan seluruh negara. 

Vedigundu Pasangge juga mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi filem Tamil Malaysia yang pertama ditayangkan di lima lokasi di United Kingdom (UK) selama dua minggu dan juga bakal ditayangkan di India, Singapura dan Sri Lanka. 

Pun begitu, filem berdurasi dua jam 18 minit yang dibintangi oleh Denes Kumar, Sangeetha Krishnasamy, Magendran Raman (Vikadakavi), Thangamani, David Anthony, Seelan Manoheran dan Prakash Krishna itu mencetus pelbagai kontroversi antaranya wujud ketidakpuasan beberapa pihak atas tuntutan filem ini sebagai produk tempatan kerana komposer lagu bagi filem ini adalah dari Kollywood di India, Vivek-Mervin.

Vivek-Mervin adalah komposer muzik terkenal India yang mencipta lagu untuk filem-filem popular seperti Vadacurry (2014), Pugazh (2016), Dora (2017) and Gulebakavali (2017).

Menjawab persoalan itu, Vimala memberitahu, memandangkan filem tersebut akan ditayangkan di pasaran terbesar di India maka mereka perlu meletakkan kualiti Vedigundu Pasangge setaraf dengan filem-filem keluaran India yang jauh lebih ‘advance’ dari segi teknikal, teknologi dan muzik.

“Menariknya dengan kolaborasi ini, lagu-lagu filem ini mencapai penonton global sehingga menjadi tarikan utama. Pada masa yang sama, kita tidak pernah mengabaikan penyanyi-penyanti tempatan, kita juga memberi peluang kepada mereka,†katanya yang membelanjakan hampir RM1.5 juta untuk filem itu.

Selain itu, pemilihan heroin, Sangeetha yang sudah lama bertapak di industri perfileman tempatan dan sering kali menjadi pilihan pengarah-pengarah tempatan juga menimbulkan sedikit persoalan kerana dikatakan mengehadkan kreativiti filem tersebut. 

Vimala yang mempertahankan pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) untuk filem Adiwiraku tahun lalu itu berkata, pemilihan Sangeetha dilakukan atas kemampuan pelakon jelita itu membawa watak sebagai pereka fesyen dalam filem itu. 

“Kalau kita tidak jemu menonton wajah pelakon yang sama dalam Kollywood atau Bollywood, mengapa mesti jemu dengan wajah tempatan,†soalnya.

Vedigundu Pasangge juga tidak terlalu mencuba dalam menekankan sesuatu babak dalam filem itu sebaliknya membiarkan ia berjalan seiring dengan plot utamanya dengan lakonan mantap daripada para pelakon. Malah naratif yang digunakan memberikan ‘mood’ segar diselang-seli elemen komedi sepanjang menonton.

Vedigundu Pasangge adalah sebuah naskhah yang perlu diberi perhatian kerana filem itu bukan bersifat klise seperti kebanyakan filem dari genre sama kerana ia berjaya menghidupkannya dengan pendekatan berbeza dalam menyampaikan tema filem yang mengangkat isu ragut dalam kalangan penduduk Malaysia.

“Jalan cerita itu difilemkan berdasarkan kisah benar dan digubal mengikut citarasa penduduk tempatan,†jelasnya. 

Sesuatu yang cukup menarik dalam filem ini adalah penyampaian sarikata dalam bahasa Tamil. Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa perlu ada sarikata dalam bahasa Tamil sedangkan bahasa yang digunakan dalam filem itu adalah Tamil. Ini jawapan pengarah filem itu:

“Kami tidak mahu mana-mana insan yang kurang bernasib baik seperti cacat pendengaran ketinggalan untuk menonton filem ini. Kepada mereka yang tidak fasih berbahasa Melayu dan Inggeris, sekurang-kurangnya mereka mempunyai pilihan untuk membaca sarikata dalam bahasa Tamil.â€

Penampilan beberapa artis baharu seperti Revathy Mariappan menerusi watak anggota polis dan Pashini Sivakumar sebagai rakan kepada Sangeetha memberi kesegaran baharu kepada filem tersebut. Lakonan kedua-dua mereka diadun dengan cukup mantap dan memberi rasa lengkap kepada filem itu. – UTUSAN ONLINE