KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa syukur berikutan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreasnya.

Dalam kenyataan hari ini, Timbalan Perdana Menteri berkata  beliau dimaklumkan bahawa Muhyiddin sekarang berada dalam keadaan stabil dan akan mengambil cuti untuk menjalani rawatan susulan bermula hari ini dan dijangka bertugas semula dalam masa sebulan.

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjalankan tugas-tugas Menteri Dalam Negeri semasa ketiadaan beliau (Muhyiddin).

“Saya dan rakyat Malaysia seluruhnya mendoakan supaya Tan Sri Muhyiddin cepat pulih sepenuhnya dan kembali bertugas,” katanya. – Bernama