Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Bunga Hailah Samaullah, 59, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat dikelar dileher dan tangan kiri.

Ketua Polis daerah, Peter Ambuas berkata, dua mangsa lagi iaitu warga emas, Abdol Lawas Mosin, 60, dan Siti Madinah Moden, 26, pula mengalami kecederaan akibat ditetak suspek menggunakan sebilah parang.

“Ketika kejadian, mangsa ditemukan dalam keadaan mengiring di hadapan pintu di ruang tamu rumah tersebut dan hasil pemeriksaan terhadap fizikal mangsa menemui kesan kelar pada leher dan luka pada tangan kiri.

“Selepas mengelar wanita terbabit suspek berusia 20 tahun pula bertindak menetak dua lagi mangsa yang berada di hadapan rumah itu sebelum melarikan diri ke kawasan bakau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Peter menambah, suspek berjaya ditangkap di kawasan bakau yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian beberapa jam kemudian selepas operasi memburunya dilancarkan.

“Hasil siasatan turut mendapati suspek disyaki sakit mental dan pernah dirawat di Hospital Bukit Padang, Kota Kinabalu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE