Update 11:03 date 16/08/2018
DUNIA | 23 Jul, 2018 | 02:02

Wanita nyaris dibaham ketika bergambar dengan singa

Seorang pengunjung di sebuah taman safari di Ukraine nyaris maut apabila hampir dibaham seekor singa ketika bergambar dengan haiwan itu. -Gambar hiasan CRIMEA: Seorang pengunjung di sebuah taman safari di Ukraine nyaris maut apabila hampir dibaham seekor singa ketika bergambar dengan haiwan itu. Dalam insiden yang berlaku di kandang singa di Taman Safari Taigan di […]

Wanita nyaris dibaham ketika bergambar dengan singa

Seorang pengunjung di sebuah taman safari di Ukraine nyaris maut apabila hampir dibaham seekor singa ketika bergambar dengan haiwan itu. -Gambar hiasan

CRIMEA: Seorang pengunjung di sebuah taman safari di Ukraine nyaris maut apabila hampir dibaham seekor singa ketika bergambar dengan haiwan itu.

Dalam insiden yang berlaku di kandang singa di Taman Safari Taigan di Crimea, tangan wanita warga Rusia itu digigit dan ditarik ketika dia duduk untuk mengambil gambar dengan haiwan buas itu.

Olga Solomina, 46, berkunjung ke taman safari tersebut setelah tertarik dengan promosi pengalaman “berjalan bersama singa” yang ditawarkan, lapor The Independent.

Menurut laporan itu lagi, Olga mengaku memberanikan diri masuk ke dalam kandang dan bergambar dengan haiwan ganas itu setelah ditawarkan oleh pengendali taman safari tersebut dengan bayaran sebanyak 6,000 roubles (kira-kira RM385).

Olga mengalami cedera ringan apabila dicakar dan diseret oleh singa tersebut sebelum diselamatkan oleh petugas taman safari.

“Singa itu menarik tangan dan menyeret saya di tanah, ia heret badan saya seperti boneka,” kata Olga kepada stesen televisyen Crimea 24.

“Ketika itu saya hanya mampu memejamkan mata. Saya sudah menunggu singa itu untuk mengoyak tubuh saya,” tambahnya.

“Kejadian itu hanya beberapa saat, tapi terasa sangat lama. Saya hanya fikir saat itu yang saya akan mati,” kata Olga.

Pengarah taman safari itu berkata kejadian tersebut adalah kali pertama berlaku sejak ia dibuka tujuh tahun lalu.

http://www.astroawani.com/berita-dunia/wanita-nyaris-dibaham-ketika-bergambar-dengan-singa-181108
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA