Update 01:48 date 23/07/2018
SUKAN | 10 Jul, 2018 | 03:02

Wanita pijak London Ambulans dikenal pasti

IDENTITI seorang wanita yang gambarnya dirakam memijak sebuah ambulans di London ketika meraikan kejayaan England mara ke separuh akhir Piala Dunia secara melampau sudah dikenal pasti polis. Gambar insiden itu menjadi tular pada Ahad sebaik sahaja polis di Tower Hamlets memberitahu mereka sedang mengenal pasti individu yang merosakkan ambulans terbabit. Proses tersebut tidak mengambil masa […]

IDENTITI seorang wanita yang gambarnya dirakam memijak sebuah ambulans di London ketika meraikan kejayaan England mara ke separuh akhir Piala Dunia secara melampau sudah dikenal pasti polis.

Gambar insiden itu menjadi tular pada Ahad sebaik sahaja polis di Tower Hamlets memberitahu mereka sedang mengenal pasti individu yang merosakkan ambulans terbabit.

Proses tersebut tidak mengambil masa lama apabila polis Poplar menerusi Twitternya memaklumkan pelaku sudah dikenal pasti.

“Dikenal pasti. Terima kasih kepada semua di atas perkongsian itu. Sekarang tiba giliran kami,” tulisnya.

Scotland Yard memberitahu Metro.co.uk bahawa seorang telah ditahan tetapi mereka masih mengenal pasti pelaku yang merosakkan ambulans tersebut.

Seorang jurucakap Scotland Yard berkata:”Siasatan masih diteruskan dan tiada tangkapan dibuat setakat ini. Detektif dari Southwark sedang menyiasat dan menyedari imej yang tular di media sosial.”

Menerusi insiden itu, sekumpulan penyokong berkumpul di sekitar London Bridge sebelum bertindak di luar batasan dengan memanjat dan memijak kenderaan itu.

Seorang wanita dirakam menayangkan pakaian dalam sambil berdiri di atas bumbung ambulans itu.

Seorang lelaki turut dilihat memanjat bumbung kenderaan itu sehingga kemek dan cermin hadapan retak.

Perkhidmatan London Ambulan menerusi laman Twitter mereka turut menyuarakan kekesalan mengenai insiden itu.

“Kami gembira dengan keputusan perlawanan tetapi cara anda menyambut kemenangan itu mengecewakan kami,” katanya.

http://www.mstar.com.my/sukan/fanatik-bola-2018/2018/07/10/wanita-dikenal-pasti
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
Tag Berkaitan:
KOMEN ANDA