Update 23:57 date 20/10/2018
BERITA | 08 Jul, 2018 | 22:00

Warga emas OKU ditemui rentung di bilik tidur

Ketika kejadian mangsa dilaporkan bersendirian di rumah tersebut memandangkan anak perempuannya keluar bekerja. – Foto Astro AWANI/Rohana Wahed KUCHING: Seorang warga emas orang kelainan upaya (OKU) ditemui rentung dalam kebakaran di Taman Putri di Kuching petang ini. Mangsa yang identitinya dikenal pasti sebagai Syaifuddin Loh Abdullah, 64 tahun ditemui rentung di bilik tidurnya, selepas pasukan […]

Warga emas OKU ditemui rentung di bilik tidur

Ketika kejadian mangsa dilaporkan bersendirian di rumah tersebut memandangkan anak perempuannya keluar bekerja. – Foto Astro AWANI/Rohana Wahed

KUCHING: Seorang warga emas orang kelainan upaya (OKU) ditemui rentung dalam kebakaran di Taman Putri di Kuching petang ini.

Mangsa yang identitinya dikenal pasti sebagai Syaifuddin Loh Abdullah, 64 tahun ditemui rentung di bilik tidurnya, selepas pasukan bomba dan penyelamat selesai melakukan kerja-kerja pemadaman di rumah itu.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Kurung Suwen berkata, ketika kejadian mangsa dilaporkan bersendirian di rumah tersebut memandangkan anak perempuannya keluar bekerja.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.30 petang dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya serta Padungan diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Kita jumpa tubuh badan mangsa rentung 100 peratus dan kebakaran dipercayai berlaku daripada bilik mangsa,” katanya kepada Astro AWANI di sini pada Ahad.

Kurung turut menasihatkan mana-mana penghuni rumah yang mempunyai ahli keluarga OKU agar tidak membiarkan mereka tinggal berseorangan di rumah.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/warga-emas-oku-ditemui-rentung-di-bilik-tidur-179958
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA