Update 00:02 date 23/07/2018
SUKAN | 03 Jul, 2018 | 23:00

Wenger tempelak pemain

Reaksi pemain Arsenal setelah tumpas 1-2 kepada Ostersund. PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger menempelak pemainnya selepas beraksi hambar ketika tumpas 1-2 kepada Ostersund dalam saingan Liga Europa di Stadium Emirates awal pagi semalam. Namun, kekalahan pada awal pagi semalam itu tidak membuatkan Arsenal terkeluar dari saingan Liga Europa. Menurutnya, pemain seperti telah berpuas hati dan tidak […]

Reaksi pemain Arsenal setelah tumpas 1-2 kepada Ostersund.

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger menempelak pemainnya selepas beraksi hambar ketika tumpas 1-2 kepada Ostersund dalam saingan Liga Europa di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Namun, kekalahan pada awal pagi semalam itu tidak membuatkan Arsenal terkeluar dari saingan Liga Europa.

Menurutnya, pemain seperti telah berpuas hati dan tidak fokus setelah menang perlawanan pertama 3-0 baru-baru ini sekali gus layak dengan agregat 4-2.

“Pada babak pertama kami berada dalam masalah kerana kami telah rasa selesa dengan kemenangan pada perlawanan pertama. Kami banyak hilang bola dan kerana itu kami bolos dua gol di separuh masa pertama.

“Tapi separuh masa kedua kami bertambah baik dan sepatutnya boleh meledak beberapa gol tetapi gagal,” katanya.

Dalam perlawanan tersebut, Arsenal ketinggalan 0-2 di babak pertama melalui gol Hosam Aiesh dan Ken Sema. Sead Kolasinac merapatkan kedudukan buat The Gunners pada babak kedua.

 

Komen anda

http://www.sukansinar.com/wenger-tempelak-pemain/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA