PUTRAJAYA – Kementerian Luar (Wisma Putra) akan memberi tumpuan bagi penambahbaikan beberapa dasar luar termasuk isu hak asasi manusia, kebebasan, alam sekitar dan pembangunan mampan.

Menteri Luar yang baru dilantik Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerajaan telah berjanji untuk menandatangani enam lagi konvensyen hak asasi manusia dan mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030.

Memandangkan dasar-dasar Asean terus menjadi keutamaan, Saifuddin yang mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri luar hari ini berkata, kementerian juga akan meneruskan dan meningkatkan hubungan dua hala yang kukuh.

“Kita akan meneruskan dasar luar kita dan juga meneruskan hubungan dua hala dengan semua negara.

“Dasar  berkecualian akan diteruskan dan kita juga sedang mengkaji bagi melaksanakan beberapa  penambahbaikan mengenai hak asasi manusia dan SDG,†kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat dengan para pegawai kementerian di sini, hari ini.

Mengenai hak asasi manusia, Saifuddin berkata setakat ini, Malaysia telah memperakukan tiga daripada sembilan perjanjian hak asasi manusia teras.

Perjanjian itu ialah Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), Konvensyen berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW), dan Konvensyen mengenai Hak Orang Kelainan Upaya (CRPD).

“Kita berhasrat untuk menandatangani baki konvensyen hak asasi manusia. Terdapat sebilan konvensyen dan kita telah memperakukan  hanya tiga. Ia adalah sebahagian daripada manifesto kita,†kata beliau.

Enam konvensyen lain yang belum ditandatangani ialah Konvensyen Antarabangsa terhadap Segala Bentuk Diskriminasi Kaum, Perjanjian mengenai Hak Sivil dan Politik serta Konvensyen Pertubuhan Bangsa  Bersatu Menentang Penyeksaan dan Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan dan Menjatuhkan Maruah.â€

Juga yang belum disahkan ialah perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya, Konvensyen Antarabangsa mengenai Perlindungan Pekerja Migran dan Anggota Keluarga mereka, dan Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED).

Sementara itu, mengenai kenaikan bayaran visa India, Saifuddin berkata kementerian akan mengkaji perkara ini dengan segera.

“Saya percaya para pegawai saya telahpun berbincang mengenai isu ini dan kita akan mengkaji perkara ini secara mendalam,†kata beliau.

Ketika ditanya mengenai hubungan dua hala dengan Korea Utara atau membuka semula kedutaan, Saifuddin berkata:†kita akan mengkaji perkara itu kemudianâ€. – Bernama