Update 08:47 date 20/07/2018
BERITA | 13 Jul, 2018 | 02:00

X-ray warna 3D pertama dipelopori saintis NZ

PARIS: Saintis di New Zealand telah menghasilkan X-ray berwarna pertama dalam bentuk tiga dimensi ke atas manusia menggunakan teknik yang menjanjikan untuk memperbaiki bidang diagnostik perubatan, menurut makmal fizik CERN Eropah yang menyumbang teknologi pengimejan. Peralatan baharu berdasarkan X-ray tradisional hitam dan putih itu menggabungkan teknologi penjejakan zarah yang dibangunkan mesin Pelanggaran Hadron Besar yang […]

PARIS: Saintis di New Zealand telah menghasilkan X-ray berwarna pertama dalam bentuk tiga dimensi ke atas manusia menggunakan teknik yang menjanjikan untuk memperbaiki bidang diagnostik perubatan, menurut makmal fizik CERN Eropah yang menyumbang teknologi pengimejan.

Peralatan baharu berdasarkan X-ray tradisional hitam dan putih itu menggabungkan teknologi penjejakan zarah yang dibangunkan mesin Pelanggaran Hadron Besar yang menemui zarah Higgs Boson pada 2012.

“Teknik pengimejan berwarna X-ray boleh menghasilkan gambar lebih jelas yang boleh membantu doktor memberi diagnos lebih tepat,” kata CERN dalam satu kenyataan.

Teknologi CERN digelar Medipix itu berfungsi seperti kamera mengesan dan menghitung zarah sub atom individu yang membolehkan gambar beresolusi tinggi dihasilkan.  “Alat pengimejan baharu ini membolehkan kami mendapatkan imej yang tidak boleh diambil alatan lain,” kata perekanya di Universiti Canterbury, Phil Butler.

Menurut CERN, imej tersebut sangat jelas dan dapat menunjukkan perbezaan antara tulang, otot dan tulang rawang serta kedudukan dan saiz tumor kanser.

Teknologi ini dikomersialkan oleh syarikat di New Zealand, MARS Bioimagin yang dihubungkan dengan universiti Otago dan Canterbury yang membantu membangunkannya. – AFP

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/07/13/xray-warna
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
Tag Berkaitan:
KOMEN ANDA