Update 21:34 date 15/08/2018
SUKAN | 01 Aug, 2018 | 08:04

Yeop lantik pengurus baharu

Adli Shah (duduk, dua kiri) dan Irudianathan (duduk, kanan sekali) dilantik sebagai pengurus dan penolong pengurus skuad Liga Super Perak yang baharu Oleh: SHAHRIZAL AHMAD ZAINI Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), melantik Timbalan Presidennya, Datuk Adli Shah Ahmad Tah sebagai pengurus skuad Liga Super bagi menggantikan Ahmad Shahrul Azhar Sofian. Perkara berkenaan diumumkan oleh Presiden Pafa, Hasnul Zulkarnain […]

Adli Shah (duduk, dua kiri) dan Irudianathan (duduk, kanan sekali) dilantik sebagai pengurus dan penolong pengurus skuad Liga Super Perak yang baharu

Oleh: SHAHRIZAL AHMAD ZAINI

Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), melantik Timbalan Presidennya, Datuk Adli Shah Ahmad Tah sebagai pengurus skuad Liga Super bagi menggantikan Ahmad Shahrul Azhar Sofian.

Perkara berkenaan diumumkan oleh Presiden Pafa, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim yang sekali gus turut mengumumkan perlantikan Naib Presiden Pafa, Datuk Irudianathan Gabriel selaku penolong pengurus pasukan.

Mengulas lanjut, Hasnul Zulkarnain berkata, perlantikan berkenaan berkuatkuasa mulai hari ini dan akan berterusan di sepanjang kempen Unifi Piala Malaysia 2018, kelak.

“Ya, kita dah buat perlantikan baharu bagi posisi pengurus skuad Liga Super Perak iaitu Datuk Adli dan juga Datuk Irudianathan selaku penolong pengurus.

“Perlantikan ini adalah sepanjang saingan Piala Malaysia yang akan bermula Sabtu ini apabila skuad Seladang akan menentang Felcra FC di Stadium Perak,†katanya kepada Sinar Harian.

Hasnul Zulkarnain berkata demikian bagi mengulas berhubung surat daripada Pafa kepada Ahmad Shahrul Azhar Sofian yang tular di laman sosial sejak  semalam.

Tambah Hasnul Zulkarnain, Pafa juga akan melihat sejauh mana pencapaian pasukan terutamanya pengurus serta penolong pengurus yang baharu dilantik di sepanjang kempen Piala Malaysia kali ini.

Katanya, penilaian akan dibuat berdasarkan kepada prestasi pasukan dalam saingan piala keagungan bola sepak negara itu.

“Kita nak tengok pencapaian mereka dalam Piala Malaysia musim ini. Kalau tunjuk komitmen bagus dan pasukan boleh pergi jauh, mungkin khidmat mereka akan kita kekalkan.

“Apa pun, kita nak tengok first game  dengan Felcra FC dahulu macam mana. Kalau perlu mungkin kita akan adakan sidang media kemudian,†katanya.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/yeop-lantik-pengurus-baharu/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA