Update 18:40 date 22/09/2018
SUKAN | 12 Jul, 2018 | 05:04

Yusri tak mahu pemain dabik dada

Penyerang import Kelantan, Cristiano Santos cuba melepasi halangan pertahanan Selangor, Alfonso de la Cruz (kiri) dan K Kannan dalam pertemuan Liga Super di Kota Bharu, malam tadi. MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD YUSRI Che Lah mengingatkan barisan pemain Kelantan tidak mendabik dada di sebalik kejayaan menumpaskan Selangor 2-1 dalam saingan Liga Super di Kota Bharu, malam […]

Penyerang import Kelantan, Cristiano Santos cuba melepasi halangan pertahanan Selangor, Alfonso de la Cruz (kiri) dan K Kannan dalam pertemuan Liga Super di Kota Bharu, malam tadi.

MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD

YUSRI Che Lah mengingatkan barisan pemain Kelantan tidak mendabik dada di sebalik kejayaan menumpaskan Selangor 2-1 dalam saingan Liga Super di Kota Bharu, malam tadi.

Pengendali interim Kelantan itu sebaliknya menegaskan rantau berliku masih menanti pasukannya untuk keluar daripada zon penyingkiran ketika kempen liga domestik utama semakin hampir ke penghujungnya.

“Saya harap pemain tidak dibuai kemenangan ini, ia hanya bersifat sementara kerana kerja kita belum selesai. Kita perlu berdepan satu lagi cabaran sengit bertemu Melaka United di gelanggang sendiri, Sabtu ini.

“Jadi strategi terbaik adalah pemain kena kekalkan momentum ini walau apa cara sekali pun kerana empat perlawanan akan datang cukup genting berikutan Kelantan akan jumpa semua pasukan kuat,†katanya dalam sidang media sejurus perlawanan.

Pada pertemuan itu, Shafiq Shaharudin meletakkan Kelantan di depan pada minit ke-35 namun Sean Eugene Selvaraj menyamakan kedudukan (m-78) sebelum Mohd Danial Ashraf Abdullah meledak gol kemenangan, lima minit sebelum permainan berakhir.

Jurulatih kelahiran Perlis itu memberitahu, baki empat perlawanan terakhir itu dianggap misi sukar namun tidak mustahil dengan matlamat Kelantan adalah memintas PKNP FC di kedudukan tangga ke-10.

“Sudah semestinya saya perlu melakukan sesuatu. Kempen Piala Dunia ketika ini mengajar kita tentang bola sepak bahawa pasukan kuat belum tentu dapat mencapai kemenangan.

“Ini menjadi tonik kepada saya untuk merangka persiapan lebih baik walaupun saya sedar kadang kala pasukan tidak bermain baik tetapi lebih penting kita keluar sebagai pemenang,†katanya.

Sementara itu mengulas lanjut pertemuan itu, masalah sentuhan penyudah terakhir terus menghantui pasukannya apabila anak buahnya mensia-siakan banyak peluang sekali pun mendominasi hampir keseluruhan perlawanan.

“Saya sedikit terkilan, kita ada tiga peluang terbaik menerusi serangan balas tetapi saya faham dengan situasi pemain. Kalau tengok kesungguhan pemain ada cuma dari segi sentuhan terakhir itu kita gagal.

“Kelemahan ketara adalah bahagian serangan, kurang idea untuk membuka ruang pemain lain menjaringkan gol. Apa pun, saya tetap kena beri kredit kepada pemain kerana kemenangan ini bukan datang dengan mudah,†katanya.

 

Komen anda

http://www.sukansinar.com/yusri-tak-mahu-pemain-dabik-dada/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA