KUMPULAN syarikat pengilang barangan peralatan (OEM) dalam industri pembuatan produk kesihatan dan kecantikan, ZY Phyto Holding Sdn Bhd (ZY Phyto) bakal menembusi pasaran industri makanan segera dalam tempoh tiga bulan ini.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zaidi Yusoff berkata, ketika ini pihaknya dalam usaha menyiapkan kertas kerja dan yakin sasaran bagi menembusi pasaran industri makanan segera akan dapat dicapai.

Menurutnya, ini adalah usaha syarikatnya dalam menyusun strategi bagi memperluaskan perkhidmatan dan kali ini pihaknya memilih untuk menceburi industri dalam segmen yang berbeza.

“Bagaimanapun, konsepnya tetap sama sepertimana di ZY Phyto yang menjadi tonggak kepada 12 anak syarikat yang bernaung di bawahnya meliputi pelbagai disiplin perniagaan.

“Kita akan menjadikan ia sebagai pusat sehenti juga, dalam memberi rundingan lengkap kepada individu mahupun syarikat yang berminat untuk menghasilkan produk berjenama sendiri.

“Mereka hanya membawa idea dan modal kepada kami, dan kami akan uruskan semua. Di sini kami membuka peluang kepada individu dan syarikat luar yang berminat untuk menceburi industri ini,†katanya.    

Menurutnya, pemilihan industri makanan segera itu dibuat, setelah melihat kepada potensi yang ada.

“Untuk permulaan, kami telah membuat pelaburan sebanyak RM250,000 termasuk penyediaan dari segi peralatan. Namun, nama untuk syarikat yang bakal menerajui perniagaan itu belum diputuskan lagi,†katanya.